Home » » Re: [sim] INFO : Bahaya Dan Cabaran TPPA -Jemputan Untuk Mendengar Public Press Conference Melalui Siaran Radio Klinik Pengguna PPIM

Re: [sim] INFO : Bahaya Dan Cabaran TPPA -Jemputan Untuk Mendengar Public Press Conference Melalui Siaran Radio Klinik Pengguna PPIM

Diposting pada Senin, 22 Juli 2013 | 15.48

 

Salam alaik,

Saya sebenarnya tak mahu lagi bersuara hal TPPA, tapi ada satu lagi bahaya yang mungkin rakyat Malaysia masih tak perasan.

Joe ada sebut pasal beras. Beras, Jagung, Soya, Kanola dan Tomato dari US ialah campuran GMO, yakni Genetically Modified Organism. 

Apabila para saintis kesihatan di USA sendiri ingin menyiasat KESAN makanan GMO terhadap Rakyat USA, para saintis tersebut telah di SAMAN OLEH syarikat teramat gergasi MONSANTO UNTUK HENTIKAN PENYELIDIKAN. 

Rakyat Malaysia patut buat sedikit penyiasatan sejarah MONSANTO jika ingin tahu SIAPA mereka dan APA mereka. Mereka tersangat-sangat jahat.

Syarikat ini dan pengedar-pengedarnya juga yang akan  melambakkan makanan GMO di Malaysia. Selain daripada membunuh industri pertanian tempatan, rakyat Malaysia juga mungkin akan menghadapi masalah kesihatan dan kesan perubahan genetik pada keturunan. Sila siasat sendiri.

Satu lagi hal sumbangan dari MONSANTO yang akan membunuh industri pertanian tempatan ialah BAJA. Pembuatan Baja-baja di Malaysia mungkin akan TERKENA sasaran perundangan HARTA INTELEKTUAL dan PATENT mereka. Tiada baja generik lagi. Kos baja akan meningkat dan akan menyusahkan para petani. 

Setakat ini sahaja. 
 
---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihanhttp://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendekhttp://www.MalaysiaKu.com

---------------------------------------------------------------------------------


From: Arsian Napitoepoeloe <rallnaz_04@yahoo.com>
To: "SahabatInteraktif@yahoogroups.com" <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
Sent: Friday, July 19, 2013 11:18 PM
Subject: Re: [sim] INFO : Bahaya Dan Cabaran TPPA -Jemputan Untuk Mendengar Public Press Conference Melalui Siaran Radio Klinik Pengguna PPIM

 
Kalam Pie....cantik punya taruh...Jone...ada maklumat kim lg....cmner lak nak halang dorg lulus nti....


From: jone kazamm <longbrown5@yahoo.com>
To: "SahabatInteraktif@yahoogroups.com" <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, 16 July 2013, 21:06
Subject: Re: [sim] INFO : Bahaya Dan Cabaran TPPA -Jemputan Untuk Mendengar Public Press Conference Melalui Siaran Radio Klinik Pengguna PPIM

 
TPPA akan jahanamkan negara, bangsa, agama...untung sikit...rosaknya banyak...tidak perlu pergi jauh2,
jika tender dah terbuka...syarikat2 cina yang besar pun boleh melingkup...apalagi syarikat Melayu yang kecil...ubat jika generic pun dah mahal...apalagi jika branded...dapatkah lagi kerajaan menaggung segala kos perubatan, para kakitangan kerajaan yang dah bersara sebagaimana sekarang...bagaimana pula pekerja2 swasta yang tiada wang pencen...tentu2 nya kos operations dan hospitalisations akan meningkat, ubat2 di klinik swasta akan jadi mahal...mampukah kita mengharungi ini semua...kita bukannya bangsa bersubsidi...tetapi kebanyakkan kita belum mampu lagi...kita bukannya menteri...tengok saja lah apabila kos untuk dapatkan pembantu rumah meningkat sehingga RM8000...sape yang pegi nego kat Indonesia dulu...faham kah dia bahasa Indonesia?..terus2 buat perjanjian...ini lah akibat perjanian berat sebelah...rakyat yang tanggung keperitan sebab tiada kepandaian menterinya...ahh.kap lam ya nga...punya hal rakyat derita, sebab kat Malaysia ni ramai middle class...yang selalu di deprive...kalau TPPA ni jadi...banyak lah agenda kuasa2 besar tu nanti, antara sebab2 lain kuasa2 besar ni tak boleh nak bersaing dengan negara besar China...tu sebab mereka nak menguasai ekonomi melalui negara2 kecil macam kita..so mereka boleh penetrate Asia Tenggara yang ada hubungan ekonomi baik dengan China...mereka nak sekat kekuatan ekonomui China, Korea, Jepun..mungkin...harap2 Tok Pa dan para pegawai MITI berfikiran waras, silap2 Malaysia akan dikenakan quota import beras dari US...harga mungkin murah, petani menjadi resah...setakat ni belum nampak lagi apa kebaikan TPPA ni...kenapa mereka buat conference kat Sabah nun...jika di KL takut kena protest ke?..macam ada yang tak kena je ni...


From: kalam pie <kalampie@yahoo.com>
To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, July 17, 2013 12:33 AM
Subject: Re: [sim] INFO : Bahaya Dan Cabaran TPPA -Jemputan Untuk Mendengar Public Press Conference Melalui Siaran Radio Klinik Pengguna PPIM

 
Teruskan usaha saudara Mann Trexx, even Tun Mahathir pun mempersoalkan TPPA. Jangan lah pedulikan mereka yang bodoh sombong, pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar. Ibu saya selalu ingatkan saya tentang golongan ini di akhir zaman.
--------------------------------------------

On Tue, 16/7/13, Noorsiah Johari <annjay2006@yahoo.com> wrote:

Subject: Re: [sim] INFO : Bahaya Dan Cabaran TPPA -Jemputan Untuk Mendengar Public Press Conference Melalui Siaran Radio Klinik Pengguna PPIM
To: "SahabatInteraktif@yahoogroups.com" <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
Date: Tuesday, 16 July, 2013, 4:36 PM
















 









Salam
saudara Mann Trex.

Saudara tidak perlu membuang masa dgn org mcm azmi ni.
Majoriti ahli SIM mengenali siapa saudara dan kami
memerlukan ehsan saudara utk informasi2 terkini. Semoga
Allah berkati segala usaha saudara.

Wassallam.



From: Mann
Trex <manntrexe@yahoo.com>
To:
"SahabatInteraktif@yahoogroups.com"
<SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
Sent: Sunday,
June 30, 2013 4:54 PM

Subject: Re:
[sim] INFO : Bahaya Dan Cabaran TPPA -Jemputan Untuk
Mendengar Public Press Conference Melalui Siaran Radio
Klinik Pengguna PPIM
















 






Salam
alaik Azmi,
Apa niat dan tujuan Azmi menulis
begitu ? 
Kalau
dituruti nasihat Azmi, nescaya
tiada akhbar, tiada berita dan tiada majalah di mukabumi
ini. Ini kerana rata-rata penulis adalah Wartawan yang
mengketengahkan isu-isu semasa. Mereka bukan PAKAR BIDANG
YANG DIKETENGAHKAN, tetapi sekadar mempaparkan
maklumat.
Lantas, Azmi
seolah-olah bertujuan supaya orang Melayu terus jahil dari
berita semasa, berfikiran sempit dan terus hidup dalam
keadaan tersepit. Rata-rata
orang ramai harus terus jahil tentang apa saja yang telah
berlaku dan apa saja yang oleh berlaku. 

Jika
dituruti juga nasihat Azmi, nescaya tiada seorangpun orang
Melayu berhak bersuara. Ibarat menyuruh orang Melayu
menerima bulat-bulat apa saja yang diberikan tanpa
soal-selidik. Habis masa terbuang untuk menjadi pakar setiap
bidang, baru boleh bersuara. 
Kalau
semak samun
sedang terbakar dan merebak berhampiran kawasan perumahan,
apakah harus menuntut ilmu dulu sebelum bersuara? Bodoh
namanya jika begitu. 
Apa
definasi ILMU dalam fikiran Azmi agaknya ?

Apa
yang saya ketengahkan
ialah MAKLUMAT hasil
daripada penyiasatan dan rujukan yang saya buat dari
pandangan pakar ekonomi, pihak-pihak NGO, luar dan dalam
negara. Saya sendiri telah berdepan dengan Chief Negotiator
MITI Jayasiri Jayasena dan merakamkan video
ceramahnya.
Saya
tidak perlu jadi PAKAR SESUATU untuk mengketengahkan
sesuatu. Yang perlu ialah MAKLUMAT saya munasabah kualitinya
dan menceritakan KEBIMBANGAN terhadap ANCAMAN
TPPA.
Nasihat saya untuk
Azmi
Orang
Melayu tidak lagi hidup dalam Pemerintahan Feudal,
Pemerintahan Kolonial mahupun dalam Pemerintahan Komunis.
Hak bersuara dengan adil adalah prinsip yang tidak boleh
dipersoalkan lagi. Sila keluar dari tempurung gelap tu.

 ----------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihan
http://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendek
http://www.MalaysiaKu.com
----------------------------------------------------------

From: azmi
abdul rashid <gckijang82@gmail.com>
To:
"SahabatInteraktif@yahoogroups.com"
<SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
Sent: Sunday,
June 30, 2013 7:12 AM
Subject: Re:
[sim] INFO : Bahaya Dan Cabaran TPPA -Jemputan Untuk
Mendengar
Public Press Conference Melalui Siaran Radio Klinik
Pengguna PPIM
















 






Jangan cakap aje pandai, tulis aje pandai tp ilmu
macam tin kosong. Ilmu macam kangkung, diluar segar di dlm
kosong, lompong.  Nak tulis, biar berguru, menadah
kitab/ buku dulu, belajar dr pengalaman sebdiri dan org
lain. Cukup ilmu baru tulis. Jgn ikut sedap mulut bila
bercakap, sesuka hati tangan apabila menulis.
 


On Saturday, June 29, 2013, Mann Trex wrote:















 









Salam alaik Prof
Keduak Abu, 


Sebenarnya saya dan Dato'
Nazim (Tok Ki) yang bersiaran di Radio24 Klinik Pengguna
PPIM berkenaan TPPA pada tarikh tu. Setakat ni dah 4 kali
siaran mengenai TPPA.


Prof tentu ingat yang kita berdua telah pun berbincang
dengan panjang lebar perkara TPPA sebelum ni kan? Tapi biar
saya beri penjelasan sekali lagi.

Prof Keduak mungkin dah kaya raya,
sebab itu tak takut dengan TPPA. Kami yang majoriti
sederhana dan miskin akan jadi lagi miskin kalau TPPA
dilaksanakan.


Yang mempersoalkan TPPA
ialah kebanyakkan NGO yang BUKAN penyokong
pembangkang.
=> PPIM, CAP, Majlis Tindakan Peniaga Melayu ( MTEM ),
Persatuan Kebajikan Penghidap Cancer dan banyak
lagi.

Yang
bertanya hal TPPA di dalam Parliamen ialah pihak
pembangkang.
=> Nurul Izzah, Santiago, Teresa
Kok.

Walaupun begitu, KAMI TIADA
KERJASAMA dengan pihak pembangkang dalam hal TPPA.
Kebimbangan serupa.


Mengapa mempersoalkan
TPPA?

TPPA akan memberi kesan yang amat besar kepada seluruh rakyat di
Malaysia.

Bagaimana?

TPPA ada 29 Bab dan yang
berkaitan dengan perniagaan hanya 5 bab sahaja. Jadinya baki
24 bab ialah berkaitan pengstrukturan semula PERUNDANGAN
DOMESTIK NEGARA MALAYSIA untuk menyelaraskannya supaya
menurut kehendak negara-negara lain dalam perjanjian
TPPA.


Apa dia kesan
TPPA?

=> 80% dari semua ubatan WAJIB
menggunakan perubatan BRANDED dan bukan lagi GENERIC.
Jadinya harga ubat dan perubatan akan melambung dari 30
hingga 50 kali ganda. Mana kerajaan nak korek bayar subsidi
ubat dan perubatan? 


=> Government Procurement wajib dibuka kepada semua
peniaga dari 11 negara TPPA. Ini akan memberi kesan
persaiangan amat hebat kepada peniaga Bumiputera dan semua
SME kepunyaan rakyat Malaysia. Pihak MITI telahpun bersetuju
dalam hal ini menurut kata Chief Negotiator MITI, Jayasiri
Jayasena.


=> Pihak Pelabur bebas dari Perundangan Domestik yang
melindungi alam sekitar dan pengguna. Sekiranya ada
penggubalan perundangan baru oleh kerajaan bagi menjaga
keselamatan RAKYAT tetapi boleh
mengancam keuntungan Pihak Pelabur, maka Pihak Pelabur
boleh saman kerajaan di Mahkamah Tribunal Antarabangsa. Dari
10 Perbicaraan Tribunal, selalunya 9 Penghukuman memihak
kepada Pelabur.

=> Perniagaan kecil-kecilan
dibuka kepada semua 11 Negara TPPA. Perniagaan tersebut
termasuklak Tadika, Tabika, Rumah Orang Tua, Pusat Tuisyen
dan banyak lagi. Dahlah majoriti perniagaan kecil seperti
ini kepunyaan Bumiputera, itupun nak kena kambos
!


=> Kimia yang digunakan oleh Pengilang Baja
Tempatan, sewajibnya menggunakan KIMIA BRANDED, dan bukan
lagi GENERIC. Ini akan melambungkan harga pengilangan baja.
Akibatnya harga runcit baja akan naik, harga pertanian akan
naik, harga makanan di pasar akan naik.


=> Kita tidak boleh melarang kemasukan produk dan
perkhidmatan dari ISRAEL melalui syarikat negara-negara TPPA
ke dalam Malaysia. Kita
wajib akur kerana ia sebahagian daripada kehendak TPPA. Dah
kena sokong ekonomi Israel lah pulak untuk menjahanamkan
Palestin.

=> Halal JAKIM mungkin
tidak lagi relevan selepas TPPA terlaksana. Kita kena ikut
HALAL TPPA kerana penekanan Kebajikan Binatang oleh Amerika,
Australia dan New Zealand. Jadinya semua binatang sebelum
sembelih perlu di STUN, iaitu dipengsankan. Ini tidak
menurut Al-Quran pun. Akibatnya, MANA NEGARA ARAB atau
MAJORITI MUSLIM yang nak import barangan halal dari
Malaysia? Kita pun kena makan Halal TPPA, bukan lagi Halal
dalam Islam. 


Jika sesuatu akan memberi
kesan besar kepada RAKYAT, samada kerajaan Bodoh atau
kerajaan Pandai perlu merujuk kepada
RAKYAT.

Sebaliknya, perbincangan dan ISI
KANDUNGAN TPPA di antara 11 negara, dibuat secara RAHSIA.
Dan ia akan terus rahsia selama 4 tahun setelah
dimeterai.

Banyak CANTIK
??!!! ----------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihan
http://www.pengasih.org


{ Doa-doa Pendek
http://www.MalaysiaKu.com

----------------------------------------------------------

From: Johar Bin Dalimin
Johar <zauhar186@yahoo.com>

To: "SahabatInteraktif@yahoogroups.com"
<SahabatInteraktif@yahoogroups.com>

Sent:
Thursday, June 27, 2013 1:06 PM
Subject:
Re: [sim] INFO : Bahaya Dan Cabaran TPPA -Jemputan Untuk
Mendengar Public Press Conference Melalui Siaran Radio
Klinik Pengguna PPIM
















 






macam mana email lucah,
biadap dan tidak berakhlak mengelar manusia sebagai anjing
dan alat sulit boleh di lepaskan...tuan mod tertidur ?

please explain?



From: Keduak Abu <keduakabu@yahoo.com>
To: "SahabatInteraktif@yahoogroups.com"
<SahabatInteraktif@yahoogroups.com>;
KENALAN ABADI <KENALAN-ABADI@yahoogroups.com>;
"edzdhuha@gmail.com" <edzdhuha@gmail.com>; "pejal71@gmail.com" <pejal71@gmail.com>;
"manntrexe@yahoo.com"
<manntrexe@yahoo.com>
Sent:
Thursday, June 27, 2013 8:37 AM
Subject: Re:
[sim] INFO : Bahaya Dan Cabaran TPPA -Jemputan Untuk
Mendengar Public Press Conference Melalui Siaran Radio
Klinik Pengguna PPIM

















 






Salam. Kalau Al-Jubs yg
bgi tak payah dgr la. Benda baik pun jadi tak baik. Mcmana
ngra nak maju kalu pembangkang dok keje membangkang je.
Takde apa faedah langsung. Org pembangkang kuat, rakyat
sejahtera. Ini dok menyusahkan rakyat dgn demo n menabur
fitnah meratax. K'jaan pun bukan bodoh nak terus laksana
perjanjian itu. Tngok GST, smpai sekarang masih tidak
digunakan walaupun ada Menteri banggang (bukan dipilih
rakyat) yg tak hbisx melobi nak kuatkuasakan GST. Beri
keprcayaan kpd k'jaan krn ia dipilih rakyat bukan
melalui revolusi tpi demokrasi berpelembagaan. Ketepikan
suku sakat Al-Jubs yg akhirnya meludah kelangit
sedangkan anjingx mereka dok menyalak kat depan
parlimen. Siap berkampong lagi kat pdg merbok. Mcm ni punya
manusia bodoh  pun ada kat bumi M'sia ni. Konon
aktivis pelajar.
Belajar pun tak
tamat.........kena gantung pulak tu........mengaku aktivis
pelajar. Cis! busuk punya manusia mcm longkang kat Pasar
Pudu...........   

From: edz adduha <edzdhuha@gmail.com>

To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Sent:
Wednesday, 26 June 2013, 11:43
Subject:
[sim] INFO : Bahaya Dan Cabaran TPPA -Jemputan Untuk
Mendengar
Public Press Conference Melalui Siaran Radio Klinik
Pengguna PPIM















 






Public Press Conference Melalui


Siaran Radio Klinik
Pengguna PPIM Di
Bernama, Radio 24 93.9fm

 

Trans Pacific
Partnership Agreement
(TPPA) merupakan satu cabaran  yang amat
besar
da















Reply
via web post



Reply to sender



Reply to group


Start a New
Topic


Messages in this
topic
(8)












Recent
Activity:



New Members
5
































































__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (37)
Recent Activity:
Bahan diatas disiarkan di Yahoo Group Sahabat Interaktif Malaysia (SIM)
====================================================================
Web Rasmi SIM di http://www.sim.org.my |Koperasi SIM http://www.kosim.com.my
====================================================================
Group SIM ini adalah Yahoo Group Sahabat Interaktif Malaysia (SIM) terbuka kepada semua yang aktif dan interaktif disemua peringkat umur. SIM percaya bahawa berkomunikasi secara interaktif dan terkawal melalui saluran ICT boleh mengeratkan silaturahim serta memberikan banyak faedah kepada individu dan kumpulan tanpa terikat dengan mana-mana pengaruh parti politik, badan komersial atau aliran fahaman serta kepercayaan. Namun SIM percaya bahawa nilai-nilai yang baik dan murni akan dapat diterima oleh semua pihak.

=========== MARI BANTU MEMBANTU SESAMA KITA =====================

Yahoo Group SIM juga telah berjaya menubuhkan Koperasi Sahabat Interaktif Malaysia (KOSIM) , projek keusahawanan sosial Mangkuk Tingkat, program Kerja Dari Rumah (KDR) dan juga misi bantuan serta perubatan dibawah beberapa pertubuhan dan yayasan. SIM sekali lagi menempah sejarah apabila menubuhkan SIMCare iaitu sebuah pertubuhan bagi membantu sesama insan dalam sebarang bentuk diperlukan. Sertai SIMCare di http://www.simcare.org.my

=================== DISCLAIMER ============================
Group SIM tidak bertanggungjawab di atas mana-mana bahan yang di
dapati melanggar akta hakcipta tempatan atau antarabangsa. Adalah
menjadi tanggungjawab ahli untuk memastikan peraturan hakcipta
diikuti sepenuhnya apabila menghantar mana-mana posting atau respons.

Semua kandungan emel, posting, artikel dan fail yang disiar
di SIM tidak menggambarkan pendirian rasmi pemilik SIM melainkan jika dinyatakan sedemikian.

FACEBOOK SIM INTERAKTIF : http://www.facebook.com/pages/Sahabat-Interaktif-Malaysia/164360919526?ref=n
.

__,_._,___

0 komentar:

Posting Komentar

Diberdayakan oleh Blogger.