Home » » Re: [sim] INFO : Malaysia menuju negara tua

Re: [sim] INFO : Malaysia menuju negara tua

Diposting pada Minggu, 28 Juli 2013 | 07.30

 

Ini semua terjadi kerana pengurusan. Dari yang atas hingga yg bawah.. ramai dari kita kadang ambil mudah.. ekonomi dah tk seimbang. Suami bekerja isteri pun kena bekerja, anak2 terbiar. Sepatutnya pendapatan suami saja boleh menampung semuanya. Kekayaan negara tidak diagih dengan betul.. sebahagian subsidi tidak sampai kepada rakyat, ada golongan tertentu saja yg dapat manfaat darinya. Perbelanjaan pengurusan yg boros, hutang rakyat dan negara juga semakin meningkat dan Kecairan duit kita. Keruntuhan akhlak, gejala sosial merosakan nilai kehidupan masyarakat. Hanya yg tua2 saja yg kebanyakan ada kualiti, yg muda kemana. Jd negara ni mmg dh tua. Untuk org yg tua dn pendatang asing. Nilai islam makin lenyap yg tua saja pehuhkan masjid, yg murtad pun dah ramai. Negara apa yg sedang kita bentuk. Betul lah apa yg nabi sabdakan dunia ini macam perempuan tua yg di solek kan.

Dajal sudah bangkit tp ramai dari kita masih leka...

Sent from Yahoo! Mail on Android



From: HANZ <hanzedison@gmail.com>;
To: <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>;
Subject: Re: [sim] INFO : Malaysia menuju negara tua
Sent: Sat, Jul 27, 2013 2:25:31 AM

 

salam.
sebenarnya kalo difikirkan secara mendalam dan menyeluruh ada betul juga. berfikir secara berilmu dan adil tanpa mengira pada pandangan politik. ADIL dan tak memihak pada yang salah.
perbincangan ni bagus.

Baik,
saya akan bg pandangan saya sebagai seorang rakyat biasa.

1. PENINGKATAN KOS SARA HIDUP MAKIN MAKIN MENGGILA.
siapa yg mau kata ini salah? makin tahun ke tahun harga brg sntiasa naik. dalam setahun je berapa byk isu barangan penting yg naik harga mcm minyak masak, gula, tepung, ayam dan mcm2 lg la. dan yang paling buruknya peniaga Malaysia ni bila naik x reti turun. gula naik 20 sen sekilo, air naik harga 10-20 sen segelas. semua mcm tu.

itu belum masuk lg kenaikan harga sumber komoditi mcm petrol. bila petrol naik harga walaupun naik hanya 10 sen...semua org tau apa yg akan berlaku pada ekonomi setempat. sudahlah kos sara hidup semakin merapu kita dibebankan dengan KOS PENJAGAAN ANAK YANG TINGGI mcm lampin, susu, pakaian, ubat2an, kos besalin, baby sitter dan mcm2 lg.

2. KEADAAN RUMAH YANG TIDAK SESUAI.
kita kaji balik keadaan rumah kita. 3 bilik = 1 bilik master (yg x berapa master) + satu bilik sederhana + satu bilik kecil yg saiz mcm untuk stor. rumah kita pun besar mana je sbb tu bilik mcm tu. kalo 3 bilik tu ada saiz yang besar sekali pun adakah cukup besar untuk satu bilik memuatkan org 3 anak satu jantina? tak kan.

pertambahan ahli keluarga memerlukan rumah yang sesuai untul keselesaan tp adakah kebanyakan rakyat malaysia mampu?
harga rumah tu sendiri dah merapu mcm mana nak cari rumah yang lg besar? jangan cerita cari rumah baru la, nak menjalankan kehidupan sehari2an dgn pendapatan sekarang pun ramai yg mengeluh.

3. HARGA KERETA MAHAL
kalo ada 4 orang anak, korang nk drive sedan ke MPV? sedan naik 5 orang je dh sempit sbb sedan ni dicipta untuk selesa 4 orang.
tapi nk buat mcm mana harga kereta 4 kali ganda daripada harga pasaran dunia. 

4. INSTITUSI KEKELUARGAAN MALAYSIA YANG LEMAH
YANG INI KORANG JANGAN CUBA NAK BANTAH SEBAB BENDA BETUL. di malaysia kita 'dipaksa' untuk terus bekerja dan bekerja dan bekerja. masa untuk anak yg setakat 2 orang tu je pun xda. lagi nak tambah anak ke? sekarang ni berapa ramai bapak yg boleh ajar anak ngaji, solat, agama? berapa ramai yg boleh ajar anak silat? mcm mana lak luangkan masa dgn anak2? g keje anak tido, balik kerja anak tido gak. OT je memanjang, hari cuti pulak x lekat kat rumah. ada je keje yang nak dibuatnya. TAKDE MASA DENGAN ANAK2, KALO ADA ILMU PUN X DAPAT AJAR ANAK. mcm tu punya keadaan lg nk tambah anak ke, tak...

5. RISAU TAK DAPAT BAGI ANAK2 MAKAN
hah ini yang paling popular kita dengar. paham2 la ye sebab apa. jawapan dia ada kat no#1.

NO 1, 2, 3, 4, 5 ni salah sapa sebenarnya???
nak kata kekurangan mak bapak tu sendiri betul juga. tp kerajaan memainkan peranan atau tidak dalam hal ni. MENGAWAL INFLASI, MENGAWAL HARGA RUMAH, MENURUNKAN HARGA KERETA SUPAYA ADIL, MEMASTIKAN RAKYAT TAK JADI HAMBA KERJA DAN RISAU TAK DAPAT BAGI ANAK MAKAN.

mmg betul kita kena usaha lebih nak hidup senang. tp xkn xde inisiatif dari kerajaan kan...
saya x cerita pasal politik ya. saya cerita sebagai umum yang berlaku dalam masyarakat kita.
jangan libatkan politik kerajaan n pembangkang kat sini. kita tengah bincang soal masyarakat.
so jgn pulak nk hntam2 aku.

ok sapa nak tambah atau nk cerita pasal akibat?



2013/7/26 azmi abdul rashid <gckijang82@gmail.com>
 

Salam, saya pernah terbaca artikel berkaitan Malaysia akan menjadi sebuah negara tua. Dimana penduduk Malaysia akan dihuni oleh ramai penduduk tua @ berusia lama @ berumur panjang. Tetapi saya lupa terbaca kt mana n d mana. Minta sahabat sekalian tolong ulas jika ada maklumat berkaitan dengan artikel berkenaan. Dan boleh le kita sama2 bincang apa la sebab dan akibatnya.




--
HIDUP NI MEMANG BANYAK MASALAH
KALO TAK DE MASALAH
ITU MASALAH NAMANYA

*THE VOICE THAT PIERCES DEEP INTO MY CHEST IS LIKE A CRY OF JOY THAT NEVER STOPS RINGING*

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (4)
Recent Activity:
Bahan diatas disiarkan di Yahoo Group Sahabat Interaktif Malaysia (SIM)
====================================================================
Web Rasmi SIM di http://www.sim.org.my |Koperasi SIM http://www.kosim.com.my
====================================================================
Group SIM ini adalah Yahoo Group Sahabat Interaktif Malaysia (SIM) terbuka kepada semua yang aktif dan interaktif disemua peringkat umur. SIM percaya bahawa berkomunikasi secara interaktif dan terkawal melalui saluran ICT boleh mengeratkan silaturahim serta memberikan banyak faedah kepada individu dan kumpulan tanpa terikat dengan mana-mana pengaruh parti politik, badan komersial atau aliran fahaman serta kepercayaan. Namun SIM percaya bahawa nilai-nilai yang baik dan murni akan dapat diterima oleh semua pihak.

=========== MARI BANTU MEMBANTU SESAMA KITA =====================

Yahoo Group SIM juga telah berjaya menubuhkan Koperasi Sahabat Interaktif Malaysia (KOSIM) , projek keusahawanan sosial Mangkuk Tingkat, program Kerja Dari Rumah (KDR) dan juga misi bantuan serta perubatan dibawah beberapa pertubuhan dan yayasan. SIM sekali lagi menempah sejarah apabila menubuhkan SIMCare iaitu sebuah pertubuhan bagi membantu sesama insan dalam sebarang bentuk diperlukan. Sertai SIMCare di http://www.simcare.org.my

=================== DISCLAIMER ============================
Group SIM tidak bertanggungjawab di atas mana-mana bahan yang di
dapati melanggar akta hakcipta tempatan atau antarabangsa. Adalah
menjadi tanggungjawab ahli untuk memastikan peraturan hakcipta
diikuti sepenuhnya apabila menghantar mana-mana posting atau respons.

Semua kandungan emel, posting, artikel dan fail yang disiar
di SIM tidak menggambarkan pendirian rasmi pemilik SIM melainkan jika dinyatakan sedemikian.

FACEBOOK SIM INTERAKTIF : http://www.facebook.com/pages/Sahabat-Interaktif-Malaysia/164360919526?ref=n
.

__,_._,___

0 komentar:

Posting Komentar

Diberdayakan oleh Blogger.