Home » » Re: [sim] CATATAN : Al-Kisah Bulan Ramadan Bab 1

Re: [sim] CATATAN : Al-Kisah Bulan Ramadan Bab 1

Diposting pada Senin, 22 Juli 2013 | 23.21

 

Witir ialah penutup SOLAT, bukan amalan yg lain. Jadi selepas witir apa salahnya kalau nak buat tahlil ke, baca Quran ke atau amalan2 lain selain dpd solat.
 
Saya setuju yg sepatunya solat isya' dah tarawih disegerakan pasal kita nak seberapa ramai, terutama anak2 muda yg bukan senang nak tunggu lama2, bersama kerjakan tarawih; malah orang2 yg nak bekerja
esok harinya pun susah juga nak tunggu lama2. Siapa yg kuat nak beramal terus, silakan.... selepas tarawih & witir. Kita nak buka lebih peluang kepada jemaah meraih ganjaran yg kalau ikut berjemaah dari isya hingga witir bersama imam, pahalanya spt beramal sepanjang malam. Amalan lain tu kira macam optional (ringan sangat2 berbanding dgn tuntutan ikut imam sampai witir).
 
Tuan Guru kami pun menekankan aspek ni. Wallahu 'alam.
 

From: yusri762002 <yusri762002@yahoo.com>
To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Sent: Sunday, 21 July 2013, 18:27
Subject: RE: [sim] CATATAN : Al-Kisah Bulan Ramadan Bab 1
 
Kalau kita jahil. Jangan cakap ikut sedap hati.

Kalau urusan lain lagi penting. Jangan duk cite pasal nak buat amal.

Kalau nak cepat atau nak ikut selera hati sendiri. Panggil anak beranak. Buat jamaah sendiri.
 
Witir adalah penutup.  lepas witir nak tahlil apa lagi. Sebab dah buat penutup.

Kan kata tak cerdik kab marah pulak.



Sent from Samsung Galaxy Note
"Othman, Arba'eiX" <arba'eix.othman@intel.com> wrote: 
Saya bukan bijak pandai cuma ingin berkonsi pendapat.
 
Amalan tahlil adalah baik tetapi sebaiknya Tahlil dibuat selepas doa solat witir iaitu selepas solat terawih dan witir jadi sapa nak duduk boleh duduk siapa yang x mahu x payah duduk.
 
Jika dibuat seperti surau anda pun x salah cuma agak mengambil masa sedikit untuk Terawih. Ini mungkin agak mebebankan mereka yang ada urusan.
 
Amalan paling afdhal pada malam Ramadhan  selepas sunat selepas isya adalah solat terawih.
 
Untuk pengetahuan saudara Man Trex ianya bukan BID'AH BARU rekaan Melayu Nusantara Cuma susunan keutamaannya mungkin agak kurang sesuai.
 
Cadangan saya buatlah aduan sebagai anak kariah anda boleh mengutarakan cadangan dan pendapat pada AJK Surau. Cakap elok elok dan ceritakan kesan dari tahlil itu membuatkan anak muda tidak dapat tunggu termasuklah anda sendiri. Sekian selamat beramal.
 
 
From: SahabatInteraktif@yahoogroups.com [mailto:SahabatInteraktif@yahoogroups.com] On Behalf Of Mann Trex
Sent: Saturday, July 20, 2013 6:03 AM
To: Forum SIM
Subject: [sim] CATATAN : Al-Kisah Bulan Ramadan Bab 1
 
 
Salam alaik,
 
Saya bukan Ulama. Jadinya saya perlu bertanya dengan sesiapa yang bijak pandai di sini.
 
Tahun ini sempena Ramadan, amalan yang dibawa oleh Surau tempat saya agak berlainan sedikit.
 
Selepas sahaja Solat Isya, Imam tidak berdoa. Dia dan para jemaah terus bertahlil hampir setengah jam. Selepas itu berdoa dan kemudiannya Solat Sunat Isya'. Barulah Solat Sunat Tarawih. Kemudiannya Witir.
 
Saya tak tahu pembawakan jenis apa ini. Bukan saya bermasalah dengan Tahlil. Tahlil itu baik, terutama sekali jika dilakukan bersendirian untuk mengharapkan rahmat Allah di waktu yang sunyi tengah malam. 
 
Yang saya menjadi masalah bagi saya ialah SUSUNAN KEUTAMAAN IBADAT oleh exco Surau termasuk Imamnya. 
 
Sefaham saya, kita perlu beramal menurut keutamaan amalan seperti berikut : 
 
(1) Solat Fardhu Isya, ia lebih utama dari perkara yang sunat, maka ia perlu didahulukan.
 
(2) Selepas itu, Doa ( sendiri atau jemaah ) sebelum bangun Solat Sunat Isya'. 
 
(3) Selepas Solat Sunat Isya, solat Sunat Tarawih Berjemaah. 
 
(4) Selepas Solat Tarawih, solat witir di Masjid atau di rumah.
 
(5) Tahlil dan Tilawah.
 
Pada pandangan saya, bertahlil sebelum Solat Sunat Isya selama hampir setengah jam di Surau saya hanya melambatkan keperluan Ahli Jemaah untuk bersolat Sunat Isya, Solat Tarawih Berjemaah dan Solat Witir. 
 
Kedua, Ahli Jemaah yang remaja dan yang kurang pengetahuan, akan menyangka bahawa Tahlil itu merupakan tuntutan amal sebelum Tarawih. Lantas akan menimbulkan kurang minat untuk menanti Tarawih. Kemudiannya akan meninggalkan Tarawih samasekali sehingga akhir Ramadan.
 
Ketiga, Amalan Tahlil sebelum Solat Sunat Isya dan Solat Sunat Tarawih di bulan Ramadan bakal menjadi satu lagi BID'AH BARU rekaan Melayu Nusantara
 
Buat masa sekarang, selepas 3 hari sahaja, para Jemaah Tarawih hanya tinggal separuh sahaja dari malam pertama Ramadan. 
 
Harap mendapat nasihat. 
 
---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihanhttp://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendekhttp://malaysiaku.com/

---------------------------------------------------------------------------------

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (11)
Recent Activity:
Bahan diatas disiarkan di Yahoo Group Sahabat Interaktif Malaysia (SIM)
====================================================================
Web Rasmi SIM di http://www.sim.org.my |Koperasi SIM http://www.kosim.com.my
====================================================================
Group SIM ini adalah Yahoo Group Sahabat Interaktif Malaysia (SIM) terbuka kepada semua yang aktif dan interaktif disemua peringkat umur. SIM percaya bahawa berkomunikasi secara interaktif dan terkawal melalui saluran ICT boleh mengeratkan silaturahim serta memberikan banyak faedah kepada individu dan kumpulan tanpa terikat dengan mana-mana pengaruh parti politik, badan komersial atau aliran fahaman serta kepercayaan. Namun SIM percaya bahawa nilai-nilai yang baik dan murni akan dapat diterima oleh semua pihak.

=========== MARI BANTU MEMBANTU SESAMA KITA =====================

Yahoo Group SIM juga telah berjaya menubuhkan Koperasi Sahabat Interaktif Malaysia (KOSIM) , projek keusahawanan sosial Mangkuk Tingkat, program Kerja Dari Rumah (KDR) dan juga misi bantuan serta perubatan dibawah beberapa pertubuhan dan yayasan. SIM sekali lagi menempah sejarah apabila menubuhkan SIMCare iaitu sebuah pertubuhan bagi membantu sesama insan dalam sebarang bentuk diperlukan. Sertai SIMCare di http://www.simcare.org.my

=================== DISCLAIMER ============================
Group SIM tidak bertanggungjawab di atas mana-mana bahan yang di
dapati melanggar akta hakcipta tempatan atau antarabangsa. Adalah
menjadi tanggungjawab ahli untuk memastikan peraturan hakcipta
diikuti sepenuhnya apabila menghantar mana-mana posting atau respons.

Semua kandungan emel, posting, artikel dan fail yang disiar
di SIM tidak menggambarkan pendirian rasmi pemilik SIM melainkan jika dinyatakan sedemikian.

FACEBOOK SIM INTERAKTIF : http://www.facebook.com/pages/Sahabat-Interaktif-Malaysia/164360919526?ref=n
.

__,_._,___

0 komentar:

Posting Komentar

Diberdayakan oleh Blogger.