Home » » Re: [sim] INFO : Rasulullah Tidak Mempunyai Bayang

Re: [sim] INFO : Rasulullah Tidak Mempunyai Bayang

Diposting pada Selasa, 23 Juli 2013 | 04.36

 

Allah yg Maha Bijaksana Maha Mengetahui, meletakkan ilmuNya pada setiap ciptaanNya. Bagi manusia dan jin yang menggunakan aqal yang waras. Maksudnya bukan aqal semata2 tanpa disandarkan kepada Al Quran dan sunnah. Cuba ikuti laporan NASA tentang alam langit dan kemudian padankan dengan ayat2 Al Quran yang berkaitan. Subhanallah! Kalau masih tak takut juga kepada kehebatan Allah, maknanya kena mohon tukar hati tu kepada hati yang baru seperti doa seorang sahabat Rasulullah saw. Cukup Allah sebagai pelindung.


From: Mann Trex <manntrexe@yahoo.com>
To: "SahabatInteraktif@yahoogroups.com" <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
Sent: Sunday, 21 July 2013 9:58 AM
Subject: Re: [sim] INFO : Rasulullah Tidak Mempunyai Bayang

 
Salam alaik,

Sheikh Google, Lebai Yahoo, Tok Bing dan Abang YouTube banyak manfaatnya kalau kita ingin mencari maklumat tambahan, rujukan pendahuluan dan membuat perbandingan pelbagai maklumat. Yang penting sekali ialah dapat meneliti, menapis dan menilai KUALITI sumber maklumat yang diperolehi.

Untuk menyelidik sesuatu "gerakan atau ikutan" dengan terperinci, kita perlu fahamkan Falsafahnya, tahu latarbelakang Pengasasnya, Sejarah Penubuhannya, Siapa Penyokong Kuatnya, Siapa Penentang Mereka ( musuh ketat mereka ) dan apa AMALAN PENTING mereka. 

Kemudiannya, kita sebagai Umat Islam perlu bertanya terus dengan para Ulama untuk men-tas-hih-kan maklumat yang diperolehi dari mana jua termasuklah persepsi yang terbentuk dari perbualan kedai kopi, di tepian surau-surau serta dari sebaran Sosial Media.

Jika ada masa dan sumber, kita boleh menyiasat dengan lebih dalam lagi dengan membuat pemerhatian terus di lokasi-lokasi yang disebutkan. Lihat sendiri mana kiblat mereka. Kebetulan pula, saya telah bergelumang lama dengan komuniti Brailvy semasa di India dan Pakistan semasa menjalankan tugas. Saya memang lihat sendiri mereka sujud pada kubur dan melakukan banyak lagi perkara aneh di perkuburan. Ada yang menyanyi-nyanyi dan menjerit-jerit sampai macam dirasuk dalam Masjid atau di kubur. Jutaan jumlahnya mereka ini. Malahan, amalan kaum Barelvy tersebar luas dari India sehingga ke Arabia.

Ini kata-kata penting Pengasas Brailvy Ahmad Reza Khan Ali Khan yang mempaparkan Falsafah Penting mereka dan dimanifestasi pula dalam amalan harian mereka di kubur, " Sesiapa yang dalam keadaan susah atau gelisah, dapatkan bantuan daripada penghuni-penghuni kubur. ". 

Penyokong kuat gerakan Brailvy ialah pihak British. Lagipun pihak British yang mengimpot mereka dari kawasan Afghanistan ke Bareilly India. Musuh ketat kaum Braelvy ialah "Wahhabi" & Taliban. 

Sangat mudarat sekiranya sesiapapun AMBILPAKAI APA SAHAJA MAKLUMAT YANG DISAMPAIKAN tanpa membuat sebarang penyelidikan dan penilaian sendiri. Saya ulangi, setelah mendapat seberapa banyak maklumat, sewajibnya anda merujuk kepada Para Ulama. 

Untuk kemudahan, terdapat beberapa Video Kaum Barelvi Pakistani di masjid mereka atau kawasan perkuburan untuk tonton dan nilai sendiri :

Video Kaum Barelvi India

Kubur tempat tenang. Dapat pahala pergi kubur dan ingat pada mati. Sebaliknya Kaum Braelvy menjadikan perkuburan sebagai tempat berpesta.

---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihanhttp://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendekhttp://www.MalaysiaKu.com

---------------------------------------------------------------------------------


From: Belantan <belantan@yahoo.com>
To: "SahabatInteraktif@yahoogroups.com" <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
Sent: Saturday, July 20, 2013 12:29 AM
Subject: Re: [sim] INFO : Rasulullah Tidak Mempunyai Bayang

 
Belajar islam janganlah dari Sheikh Google. Pergilah belajar islam dengan ulama yg bertaqwa lagi murshid. 

Sent from my iPhone

On 19/07/2013, at 2:49 PG, Mann Trex <manntrexe@yahoo.com> wrote:

 
Salam alaik,

Konsep Nur Muhammad adalah dari Sumber Kaum Brailvy. 

Kaum Brailvy dari kalangan Umat Mazhab Hanafi yang telah menyimpang akidah. Mereka kebanyakannya di India, Afghanistan, Kashmir dan Pakistan. Kaum Brailvy sembah kubur di samping mengikut feqah Hanafi. Persembahan kubur di dargah-dargah adalah amalan mereka.

Sila kaji semula tanggapan dan pendirian anda perihal kisah Nur Muhammad.

Konsep Nur Muhammad adalah batil dan tiada kaitan samasekali dengan perintah Allah berselawat ke atas Nabi.

Sila bertanya kepada para Ulama untuk mempastikan kebenaran kenyataan saya. 
 
---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihanhttp://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendekhttp://www.MalaysiaKu.com

---------------------------------------------------------------------------------


From: "maryam.jamelah165@yahoo.com" <maryam.jamelah165@yahoo.com>
To: "sahabatinteraktif@yahoogroups.com" <sahabatinteraktif@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, July 16, 2013 9:17 PM
Subject: Re: [sim] INFO : Rasulullah Tidak Mempunyai Bayang

 
Salamun alaik
Terima kasem byk byk kepada sdr sulaiman adamn diatas info perihal isu rasululallah saw tiada bayang . Kini barulah sy faham apa dia nur muhammad itu yg mana nabi adam as diminta untuk berselawat keatasnya sebaik shj nabi adam as dihidupkan disyurga . Nur muhammad telah ada sebelum lahirnya nabi muhammad saw dimuka bumi. Walahuallam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

From: Ahmad Wan <once67@hotmail.com>
Date: Mon, 15 Jul 2013 09:49:23 +0800
Subject: RE: [sim] INFO : Rasulullah Tidak Mempunyai Bayang

 
Salam!
Ada tak dalil sahih yang menyatakan nabi tiada bayang?
Wassalam

To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
From: salmanfaris04@yahoo.com
Date: Sat, 13 Jul 2013 19:30:20 +0800
Subject: Re: [sim] INFO : Rasulullah Tidak Mempunyai Bayang

 

Kata orang " Itu lah bukti bahawa tidak ada disekujur jasad Rasulallah itu melainkan zat Allah semata mata" ibarat Nur / cahaya yang terbungkus didalam jasad anak Adam.....
siapa yang pernah 'melihatnya' dialah yang memahaminya.

 
HBI

From: Sulaiman Adam <tarikatul_islam@yahoo.com.sg>
To: "SahabatInteraktif@yahoogroups.com" <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, 11 July 2013 11:53 PM
Subject: Re: [sim] INFO : Rasulullah Tidak Mempunyai Bayang

 
kalaulah bangsa manusia tahu siapa sebenarnya baginda rasululloh, tentu sekali bangsa manusia akan terperanjat besar. pada umumnya umat manusia hanya tahu muhammad itu nabi terakhir, pesuruh allah, kekasih allah dan utusan alllah tak lebih dari itu, siapakah gerangan manusia yang tiada bayang2 dimuka bumi ini. setiap bentuk dan kehidupan didunia ini ada bayang2 nya tersendiri. dialah ahmad awal dan ahmad akhir. kalaulah manusia tahu dialah yang empunya segalanya dibumi ini dan diseluruh galaxy dan cakrawala. alangkah bertuahnya jika manusia yang tahu rahsia sebenar nabi muhammad saw. mari kita renungkan bersama, ada satu firman allah dalam alquran, yang berbunyi sedangkan allah dan sekelian para malaikat memuji berselawat keatas nabi muhammad. siapa memuji siapa. sepatutnya muhammad memuji allah, tetapi allah memuji muhammad. darjat siapakah yang lebih mulia. dan hanya manusia yang sempurna akal dan ilmu nya yang dapat menerima dan memahami siapakah sebenarnya rasulluloh saw yang sebenarnya.



From: waksab <waksab@gmail.com>
To: sahabatinteraktif@yahoogroups.com
Sent: Friday, 12 July 2013, 9:16
Subject: [sim] INFO : Rasulullah Tidak Mempunyai Bayang

 

Rasulullah Tidak Mempunyai Bayang


Semua sedia maklum satu mukjizat Nabi Muhammad saw adalah baginda tidak mempunyai bayang kerana baginda itu sendiri adalah cahaya. Rahmatan Lilalalmin.

baginda dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji.. baginda itu Nur Muhammad... cahaya atas cahaya... Allahu Rabbi...

Ini adalah sabahagian rambut Rasululillah saw.... rambut ini apabila disuluh tiada bayang... jelas... ini adalah rambut junjungan besar baginda Rasululillah... rambut baginda masih hidup walaupun jasad baginda sudah tiada... buktinya apabila rambut ini dipotong.. ia akan kembali kepada panjang asal....

ANTARA KEISTIMEWAAN RASULULLAH SAW

Memang Rasulullah SAW manusia hebat, tiada tara, tiada lawannya, jika dikatakan Nabi Yusof segak tapi Nabi Muhammad lebih segak ,jika Nabi Daud dikurniakan dengan merdunya suara, tetapi suara Nabi Muhammad lebih merdu.

Mari kita lihat banyak lagi istimewanya Rasulullah SAW yang kita tidak tahu

Rasulullah Tidak Mempunyai Bayang

Al-Hakim al-Tirmizi meriwayatkan daripada Zakwan: "Sesungguhnya Rasulullah SAW itu tidak mempunyai bayang-bayang sama ada ketika berada di bawah sinar matahari, mahupun bulan."

Rasulullah SAW tidak dihinggapi lalat :

Al-Qadhi 'Iyadh menyebut di dalam al-Syifa, dan al-'Azafi dalam Maulidnya: "Di antara keistimewaan Nabi Muhammad SAW, lalat tidak pernah menghinggapi baginda." Ia juga disebutkan oleh Ibnu Sabu' dalam al-Khasa'is, dengan lafaz: "Sesungguhnya lalat tidak pernah hinggap pada pakaiannya."

Beliau menambah: "Sesungguhnya di antara keistimewaan Rasulullah SAW, kutu tidak pernah menggigitnya."

Istimewanya darah Rasulullah SAW:

Diriwayatkan oleh al-Bazzar, Abu Ya'la, al Tabrani, al Hakim dan al Baihaqi daripada Abdullah ibn al Zubair: "Bahawa dia pernah datang menemui Rasulullah SAW ketika sedang dibekam. Setelah selesai dibekam, Rasulullah SAW pun bersabda, "Wahai Abdullah! Pergilah kamu dengan membawa darah ini dan buanglah ia di suatu tempat yang tiada sesiapa pun melihat kamu."

Tetapi dia meminum darah itu. Apabila pulang, Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Abdullah! Apakah yang telah kamu lakukan (terhadap darahku itu)?"

Jawabnya: "Aku telah meletakkannya di tempat yang tersorok yang aku ketahui ia sememangnya tersembunyi daripada pengetahuan orang."

Rasulullah SAW bersabda: "Kemungkinan kamu telah meminumnya". Kataku, "Ya!" Rasulullah SAW bersabda: "Celakalah manusia daripada kamu dan terselamatlah kamu daripada manusia."

Peluh Rasulullah SAW wangi :

Imam Muslim meriwayatkan daripada Anas berkata: Rasulullah SAW pernah datang kepada kami lalu tidur sebentar (qailulah) di tempat kami. Baginda SAW berpeluh (semasa tidur). Ibuku datang membawa sebuah botol kaca lalu menadah peluh Rasulullah SAW yang mengalir itu. Rasulullah SAW pun terjaga lalu bersabda, "Wahai Ummu Sulaim! Apakah yang engkau lakukan?" Dia menjawab: "Peluh ini akan kita jadikan minyak wangi kita, ia adalah wangian y




__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (28)
Recent Activity:
Bahan diatas disiarkan di Yahoo Group Sahabat Interaktif Malaysia (SIM)
====================================================================
Web Rasmi SIM di http://www.sim.org.my |Koperasi SIM http://www.kosim.com.my
====================================================================
Group SIM ini adalah Yahoo Group Sahabat Interaktif Malaysia (SIM) terbuka kepada semua yang aktif dan interaktif disemua peringkat umur. SIM percaya bahawa berkomunikasi secara interaktif dan terkawal melalui saluran ICT boleh mengeratkan silaturahim serta memberikan banyak faedah kepada individu dan kumpulan tanpa terikat dengan mana-mana pengaruh parti politik, badan komersial atau aliran fahaman serta kepercayaan. Namun SIM percaya bahawa nilai-nilai yang baik dan murni akan dapat diterima oleh semua pihak.

=========== MARI BANTU MEMBANTU SESAMA KITA =====================

Yahoo Group SIM juga telah berjaya menubuhkan Koperasi Sahabat Interaktif Malaysia (KOSIM) , projek keusahawanan sosial Mangkuk Tingkat, program Kerja Dari Rumah (KDR) dan juga misi bantuan serta perubatan dibawah beberapa pertubuhan dan yayasan. SIM sekali lagi menempah sejarah apabila menubuhkan SIMCare iaitu sebuah pertubuhan bagi membantu sesama insan dalam sebarang bentuk diperlukan. Sertai SIMCare di http://www.simcare.org.my

=================== DISCLAIMER ============================
Group SIM tidak bertanggungjawab di atas mana-mana bahan yang di
dapati melanggar akta hakcipta tempatan atau antarabangsa. Adalah
menjadi tanggungjawab ahli untuk memastikan peraturan hakcipta
diikuti sepenuhnya apabila menghantar mana-mana posting atau respons.

Semua kandungan emel, posting, artikel dan fail yang disiar
di SIM tidak menggambarkan pendirian rasmi pemilik SIM melainkan jika dinyatakan sedemikian.

FACEBOOK SIM INTERAKTIF : http://www.facebook.com/pages/Sahabat-Interaktif-Malaysia/164360919526?ref=n
.

__,_._,___

0 komentar:

Posting Komentar

Diberdayakan oleh Blogger.